Friday, 24 May 2013

Kesedihan Melanda....

Assalamu'alaikum.. Hurm.. Kali ni, cerita pasal nak tinggal family.. Ye la kan.. 27/5 ni dah nak daftar masuk matrik.. Matrik mana? Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang Cawangan Jengka..

First, sedih sangat sebab angah Farez tak dapat ikut pergi hantar.. Even along pun sama, tapi Farez lebih rapat ngan angah.. Mane tak nye, setiap masalah Farez akan rujuk kat angah.. Maklumlah. Orang besar salah satu pertubuhan kan.. Tubuhnya pun bleh la besar jugak.. Huhuh.. Tapi, masa dia balik rumah jap nak jumpa Farez, sebelum dia balik tempat dia, nampak dia sedih sangat.. Kali pertama dah salam dalam bilik.. Tengok dah air mata berlinangan.. Farez tak tengok muka dia takut turut sama.. Then Farez keluar ke ruang tamu.. Tengok dia duk kat dapur tengah lap air mata..

Masa dia keluar tu.. Dia salam buat kali kedua then terus dia peluk Farez.. Apa lagi, banjir lah.. Huhuh.. Abang yang tersayang kan.. Peluk macam tak nak lepas je.. Tapi nak buat mcm mana kan.. Dah nak sambung blajar.. Huhu..

Esk dah nak gerak sebab nak singgah kampung dekat Lipis, Pahang.. Then, baru gerak pagi 27/5 tu ke Jengka.. Dalam sejam lebih je..

Okay lah.. Nak g packing barang.. Lain kali Farez conteng blog ni lagi.. Trust Your Self.. Assalamu'alaikum..

Wednesday, 15 May 2013

Matrik oh Matrik

Assalamu'alaikum.. Semakin hari, semakin berdebar rasanya.. Tidur pun makin susah.. Bangun pulak makin lewat.. Hihihi.. Duk risau pasal matrik.. Dah x lama dah tarikh daftar masuk.. 27 Mei ni..

Sebab risau? Bukan sebab berjauhan dengan keluarga.. Tapi sebab Farez sorang je dari SMK Kamil yang dapat MATRIKULASI TEKNIKAL PAHANG.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi.. Tapi x de kawan yang Farez kenal.. Mintak-mintaklah bila dah sampai sana nanti, boleh cepat mesra dengan orang sekeliling..

Preparation? Baru je buat pengesahan sijil.. Tu pun ayah Farez sendiri yang mengesahkannya.. Print surat tawaran.. Tu je lah.. Yang lain nak proceed selepas pertandingan Silat yang last post selesai.. Maklumlah, pembantu Jurulatih yang baru setahun jagung kan.. Bukan nak menunjuk-nunjuk okay, just nak berlagak.. Hahah.. Gurau je..

Nak pergi ke tak nak? Err.. Tunggu keputusan Universiti Pilihan Utama (UPU) (entah betul ke tak) dulu la.. Kalau dapat yang Farez hajatkan, Farez x pergi Matrik.. Kalau x dapat yang Farez hajatkan, Farez pergi Matrik..

Apa-apapun, rezeki kita dimana-mana je.. Lupakan sejarah lama, SPM bukan penamat.. Berapa Farez dapat dalam SPM lepas? X sebagus rakan-rakan Farez.. Cukup-cukup makan je.. Start dari A-D complete set ada.. Hahah.. Nak tau jugak, ni dia:

Bahasa Melayu     : A-
Bahasa Inggeris    : C+
Sejarah                  : B
Matematik             : A
Pendidikan Islam: A
Additional Math   : C+
Tek. Kejuruteraan: B+
Luk. Kejuruteraan: A-
Physics                     : C+
Chemistry                : D

Hahaha.. Perlu ke Farez tunjuk result ni? Tak malu? Peduli apa kat orang.. Blog kita, kita punya pasal la.. Nak malu? Buat apa? Ni yang kita dapat.. Rezeki Allah bagi kat kita.. Nak complain apa lagi.. Huhuh.. Tang pasal kimia tu kan.. Hmm.. Sejak dari dulu lagi memang Farez dan Kimia tiada Chemistry la.. Huhuh..

Okay lah.. Stakat ni dulu la kemengarutan nih, senyum slalu.. Assalamu'alaikum...

Anak buah aku masuk final Silat Seni Peringkat Negeri

Assalamu'alaikum.. Fuh.. Lama betul x update blog ni.. Mujur jugak password blog ni disimpan dalam fon.. Kalau x, memang buat baru pulak lah.. Hahah.. Maklumlah.. Warga emas..

Ehem.. Berdasarkan tajuk di atas, memang terkejut jugak la bila dapat tahu anak buah yang aku latih dan dengan usaha dia sendiri dapat masuk final acara Seni Tari Putera kategiri Sekolah Menengah.. X pernah yang Farez latih masuk final.. Tapi kali ni dapat masuk..

Kalau diikutkan, masa pertandingan kelayakan tu dibuat dua kumpulan.. Sebab penyertaannya lebih dari 40 kalau tak silap.. Anak buah Farez masuk kumpulan no. 2.. Keputusannya, dalam kumpulan tu, dia yang juara.. Kalau ikut markah keseluruhan, dia no.3.. Wow.. Tak sangka betul.. Hahah.. 16/5/2013 ni 10 terbaik beraksi untuk menempah tiket untuk ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Kota Kinabalu Sabah.. Harap dia dapat perbaiki kelemahan dan dapat tempat yang terbaik lah..

Tapi sayang, 3 hari kejohanan berlangsung, Farez tak dapat pergi sebab demam.. Tapi hari akhir tu, Farez pasti pergi.. Tapi, time is masa Farez x pergi tu, ada jugak yang duk mengata mana la jurulatih Pasir Puteh.. Depa x tau cita duk diam sudah la.. Jurulatih kami masing-masing ada kerja professional.. Tak macam jurulatih hampa.. Farez x nak burukkan mana-mana pihak.. Tapi sapa makan cili, dia lah rasa pedas nya ye dak? Mana ada lada rasa ice-cream vanilla coklat kot.. Hahah..

Ok lah.. Mau masuk tido dulu.. Doakan anak buah Farez ya.. Thanks.. Assalamu'alaikum..

Friday, 3 May 2013

Parents...

Ingatlah... Bahawa, tanpa kedua ibu bapa kita, siapalah kita sekarang.. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan harta yang tidak ternilai kepada kita... Dengan do'a dan restu serta redha merekalah menentukan redha Allah kepada kita.. Sekiranya ibu bapa kita tidak redha keatas diri kita, nescaya Allah Azza Wa Jalla juga tidak akan redha akan kehidupan kita, celakalah kamu..

Seandainya ibu kita pergi meninggalkan kita, hilanglah satu harta yang ternilai kerana do'a seorang ibulah yang mustajab..

Ramai yang mengucapkan 'Syyrga dibawah telapak kaki ibu'.. Namun, ramai yang tak tahu bahawa kunci untuk ke syurga adalah bapa kita.. Walaupun kita mentaati ibu kita, tetapi menderhakai bapa kita, kita tidak dapat membuka pintu syurga itu..

Renung-renungkan dan selamat ber'amal..

Thursday, 2 May 2013

Luahan Seorang Jurulatih

Assalamu'alaikum.. Walaupun Boboy ni senget, tapi Boboy pun mempunyai perasaan jugak.. Beginilah nasib kalau kita terlalu berbuat baik atau melayan karenah anak didik kita.. Boboy akan cerita satu per satu..

First.. Pasal budak-budak junior.. Entah dari mana dapat no fon Boboy pun tak tau.. Duk tanya khabar semua.. Tanya pasal silat lah, itu lah, ini lah.. Then duk cerita masalah la.. Banyak la lagi.. Sesekali tu ada la jugak yang menyakitkan hati.. Dalam facebook lah.. Mesej lah.. Duk hantar mesej-mesej yang ada la sikit menyakitkan hati.. Tapi, diorang minta maaf.. Tapi yang kali ni nih memang tak boleh di maafkan.. Ada la satu hari tu, planning nak hias papan kenyataan dekat sekolah.. Then terpaksa cancel last minute.. Tapi kita dah inform awal sebelum sampai masa tu.. Tapi diorang pergi jugak.. Kebetulan hari tu ada latihan kan.. Masa nak balik tu, ternampak macam ada dua helai kertas yang dilipat.. Balik rumah then bukak kertas tu.. Rupanya surat layang dari budak-budak junior.. Antara isi kandungannya, 'KAMI BENCI ORANG YANG MENGINGKARI JANJI'.. Memang amat menyakitkan hati lah kan.. Ni lah akibatnya kalau terlalu baik dan manjakan diorang..

Second.. Yang ni berkaitan ngan senior pulak.. Dah tau Pertandingan dah dekat.. Latihan perlulah padat sikit.. Tapi, setiap kali latihan, ahli tak cukup.. Berbagai-bagai alasan lah yang diberikan.. Itulah.. Inilah.. Mak Boboy ajak pergi KL sebab ada urusan keluarga pun Boboy refuse sebab nak pantau n ajar diorang ni.. Tapi, hermm. Bleh agak sendiri lah kan.. Hati diorang je yang Boboy nak jaga.. Tapi perasaan Boboy ni plak macam mana? Semangat Boboy pun akan jadi luruh kalau asyik latihan je, ahli tak cukup.. Kalau korang macam mana? Dah tu plak, merajuk.. Tak nak ajak dah Boboy ni untuk turun masa latihan.. Okay.. Boboy takkan turun dah kalau macam tu.. Dengan stres dengan CMY lagi.. Orang nak habiskan silibus untuk grading, sibuk nak ajar budak yang tak berkait dengan pertandingan pasal pertandingan.. Kalau geng ni tak dijemput grading, mulalah nak melenting..

Tapi tak pe.. Dengan dorongan Guru Tua dan Jurulatih Boboy, Boboy akan hadapi masalah ni.. Akhir kata.. Hormatilah Guru Anda.. Assalamu'alaikum...

Latihan Silat di Maahad Saniah

Assalamu'alaikum.. Post kali ni nak cerita tentang latihan silat di Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan.. Walaupun hari ni hanya lebih kurang 10 orang je yang hadir, tapi seronok la jugak kan..

Hari ni hanya nak memperkemaskan Pukulan Maut 1-4 bagi bengkong kosong, manakala 8-11 bagi bengkong awan puteh..

Boboy dan sahabat Boboy, iaitu Fadheel, sebagai pembantu Jurulatih Silat Gayong di Pasir Puteh ni melatih ahli yang hadir pada hari ni.. Lepas latih ahli tu, Boboy dan Fadheel nak memperkemaskan permainan Pukulan Maut 1-21 step untuk Pelangi Hijau.. Baru sampai 15, dah mengah.. Sebab lama sangat dah tak berlatih.. Tapi, memang seronok la..

Wednesday, 1 May 2013

I am Blogger Now + Kisah Hidup + Saya Bangga Akan Ayah Saya

Assalamu'alaikum.. Hai.. Ni blog yang ke-7 kalau x silap Boboy la.. Hahaha.. Yang sebelum ni tu semuanya Boboy x ingat e-mel dan password.. Maklumlah.. Warga Emas bak kata Ticer Ezani yang mengajar BI Boboy masa Boboy darjah 5 dan 6 masa sekolah dekat SK Kedai Tanjong, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 2007 dan 2008.. Sapa yang kenal tu, bleh la cari masuk dalam group Himpunan Pelajar SK Kedai Tanjong kat FB.. nanti Boboy approve.. Kenapa Boboy letak nama Boboy? Jangan salah sangka okay.. nama sebenar saya ialah Mohd Farez Ezwan Bin Rosdizan.. Parents saya yang bagi nama timangan macam tu.. nak buat macam mana kan.. Heheh..

Okay.. Now, bermulalah penceritaan kisah hidup Boboy (guna saya la plak eh)... Nama sebenar saya ialah Mohd Farez Ezwan Bin Rosdizan Bin Ibrahim Bin Mat Deris... Lahir di Hospital Kuala Krai pada 15 Ogos 1995 sewaktu ayah saya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai sebagai Asistant Investigation Officer (AIO).. Maklumlah, bukan berpangkat pegawai polis kan.. waktu tu, ayah saya hanya berpangkat Sarjan, manakala Mak (kami sekeluarga panggil Ma) saya tidak bekerja.. Hanya buat nasi bungkus untuk abang-abang dan kakak saya bawa bekal ke sekolah.. Saya ada 5 adik beradik, saya yang bongsu.. Ada yang kata, anak bongsu ni manja, tapi saya tak okay.. Kalau manja, takkan lah saya masuk Silat.. Pasal silat tu, lain kalilah saya kasi cerita.. Along saya sekarang bekerja sebagai cikgu di MRSM Kota Putra.. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan.. Angah dan Achik saya pulak buat bussiness sendiri dengan membuka Restoran dan Kedai Runcit.. tak sampai setahun pun lagi.. Kakak saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.. Dengan orang Perak plak tu.. X pe la orang mana pun, asalkan bahagia..

Ayah saya selepas recrupt polis, dia bertugas sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am.. Selepas saya lahir, masa tu ayah saya berpangkat Sarjan.. pada akhir tahun 2001, ayah saya dinaikkan pangkat dari Sarjan kepada Sarjan Mejar.. Then, kami terpaksa pindah dari Kuala Krai ke Balai Polis Dabong.. Dalam daerah Kuala Krai la jugak.. Ayah saya masa tu ditugaskan sebagai Officer Chief Sector (OCS) atau Ketua Polis Balai.. Dabong tu Dekat dengan air terjun Gunung Stong.. Nyaman udara kat sana sebab tu kawasan kampung.. Selepas 3 tahun lebih stay dekat Dabong tu, ayah saya diarah berpindah ke Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan, pada tahun 2004, pun sebagai OCS.. Dekat sempadan Malaysia-Thailand tu.. tiap-tiap minggu menyeberang pergi pasar minggu Munduk..

Pada tahun 2008 tu, ayah saya dikurniakan Pingat Seri Kelantan (SK) daripada DYMM Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail Petra, sempena hari keputeraan baginda.. Saya amat bangga akan ayah saya.. beberapa bulan selepas tu, ayah saya dinaikkan pangkat pula dari Sarjan Mejar kepada Sub-Inspektor.. Kami sekeluarga amat bersyukur.. Apa lagi, kena pindah pulak la jawabnya.. Hahaha.. Ayah saya ditugaskan sebagai OCS Pasir Puteh, Kelantan di IPD Pasir Puteh.. pada tahun 2011, ayah saya sekali lagi menerima pingat, tapi bukan dari Sultan Kelantan lagi, tapi kali ni Agong pada masa tu, DYMM, Sultan Zainal Abidin (Sultan Terengganu).. Kali ni, Pingat Pangkuan Negara (PPN).. Saya amat bangga akan ayah saya walaupun dia semakin sibuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.. Sub-Inspektor (No.Badan) Rosdizan Bin Ibrahim P.P.N , S.K.  Bukan nak berlagak, cuma nak berbangga.. Amat sedih di hati bila ada segelintir masyarakat mempertikaikan kewibawaan polis, contohnya kes di Lahad Datu, yang mana ada segelintir yang mengatakan polis-polis yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dituduh sebagai orang kerajaan dan hanya sandiwara.. Haiyaa.. Ini macam orang pun ada ka??? (ni bukan nak masukkan politik, tapi luahan sebagai anak seorang polis)..

Ops.. sorry.. Terlebih.. hehehe.. Intro terlebih panjang la plak.. hahah.. okay.. see you in next post.. Assalamu'alaikum.....