Wednesday, 1 May 2013

I am Blogger Now + Kisah Hidup + Saya Bangga Akan Ayah Saya

Assalamu'alaikum.. Hai.. Ni blog yang ke-7 kalau x silap Boboy la.. Hahaha.. Yang sebelum ni tu semuanya Boboy x ingat e-mel dan password.. Maklumlah.. Warga Emas bak kata Ticer Ezani yang mengajar BI Boboy masa Boboy darjah 5 dan 6 masa sekolah dekat SK Kedai Tanjong, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 2007 dan 2008.. Sapa yang kenal tu, bleh la cari masuk dalam group Himpunan Pelajar SK Kedai Tanjong kat FB.. nanti Boboy approve.. Kenapa Boboy letak nama Boboy? Jangan salah sangka okay.. nama sebenar saya ialah Mohd Farez Ezwan Bin Rosdizan.. Parents saya yang bagi nama timangan macam tu.. nak buat macam mana kan.. Heheh..

Okay.. Now, bermulalah penceritaan kisah hidup Boboy (guna saya la plak eh)... Nama sebenar saya ialah Mohd Farez Ezwan Bin Rosdizan Bin Ibrahim Bin Mat Deris... Lahir di Hospital Kuala Krai pada 15 Ogos 1995 sewaktu ayah saya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai sebagai Asistant Investigation Officer (AIO).. Maklumlah, bukan berpangkat pegawai polis kan.. waktu tu, ayah saya hanya berpangkat Sarjan, manakala Mak (kami sekeluarga panggil Ma) saya tidak bekerja.. Hanya buat nasi bungkus untuk abang-abang dan kakak saya bawa bekal ke sekolah.. Saya ada 5 adik beradik, saya yang bongsu.. Ada yang kata, anak bongsu ni manja, tapi saya tak okay.. Kalau manja, takkan lah saya masuk Silat.. Pasal silat tu, lain kalilah saya kasi cerita.. Along saya sekarang bekerja sebagai cikgu di MRSM Kota Putra.. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan.. Angah dan Achik saya pulak buat bussiness sendiri dengan membuka Restoran dan Kedai Runcit.. tak sampai setahun pun lagi.. Kakak saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.. Dengan orang Perak plak tu.. X pe la orang mana pun, asalkan bahagia..

Ayah saya selepas recrupt polis, dia bertugas sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am.. Selepas saya lahir, masa tu ayah saya berpangkat Sarjan.. pada akhir tahun 2001, ayah saya dinaikkan pangkat dari Sarjan kepada Sarjan Mejar.. Then, kami terpaksa pindah dari Kuala Krai ke Balai Polis Dabong.. Dalam daerah Kuala Krai la jugak.. Ayah saya masa tu ditugaskan sebagai Officer Chief Sector (OCS) atau Ketua Polis Balai.. Dabong tu Dekat dengan air terjun Gunung Stong.. Nyaman udara kat sana sebab tu kawasan kampung.. Selepas 3 tahun lebih stay dekat Dabong tu, ayah saya diarah berpindah ke Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan, pada tahun 2004, pun sebagai OCS.. Dekat sempadan Malaysia-Thailand tu.. tiap-tiap minggu menyeberang pergi pasar minggu Munduk..

Pada tahun 2008 tu, ayah saya dikurniakan Pingat Seri Kelantan (SK) daripada DYMM Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail Petra, sempena hari keputeraan baginda.. Saya amat bangga akan ayah saya.. beberapa bulan selepas tu, ayah saya dinaikkan pangkat pula dari Sarjan Mejar kepada Sub-Inspektor.. Kami sekeluarga amat bersyukur.. Apa lagi, kena pindah pulak la jawabnya.. Hahaha.. Ayah saya ditugaskan sebagai OCS Pasir Puteh, Kelantan di IPD Pasir Puteh.. pada tahun 2011, ayah saya sekali lagi menerima pingat, tapi bukan dari Sultan Kelantan lagi, tapi kali ni Agong pada masa tu, DYMM, Sultan Zainal Abidin (Sultan Terengganu).. Kali ni, Pingat Pangkuan Negara (PPN).. Saya amat bangga akan ayah saya walaupun dia semakin sibuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.. Sub-Inspektor (No.Badan) Rosdizan Bin Ibrahim P.P.N , S.K.  Bukan nak berlagak, cuma nak berbangga.. Amat sedih di hati bila ada segelintir masyarakat mempertikaikan kewibawaan polis, contohnya kes di Lahad Datu, yang mana ada segelintir yang mengatakan polis-polis yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dituduh sebagai orang kerajaan dan hanya sandiwara.. Haiyaa.. Ini macam orang pun ada ka??? (ni bukan nak masukkan politik, tapi luahan sebagai anak seorang polis)..

Ops.. sorry.. Terlebih.. hehehe.. Intro terlebih panjang la plak.. hahah.. okay.. see you in next post.. Assalamu'alaikum.....

No comments:

Post a Comment