Assalamu'alaikum.. Semakin hari, semakin berdebar rasanya.. Tidur pun makin susah.. Bangun pulak makin lewat.. Hihihi.. Duk risau pasal matrik.. Dah x lama dah tarikh daftar masuk.. 27 Mei ni..
Sebab risau? Bukan sebab berjauhan dengan keluarga.. Tapi sebab Farez sorang je dari SMK Kamil yang dapat MATRIKULASI TEKNIKAL PAHANG.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi.. Tapi x de kawan yang Farez kenal.. Mintak-mintaklah bila dah sampai sana nanti, boleh cepat mesra dengan orang sekeliling..
Preparation? Baru je buat pengesahan sijil.. Tu pun ayah Farez sendiri yang mengesahkannya.. Print surat tawaran.. Tu je lah.. Yang lain nak proceed selepas pertandingan Silat yang last post selesai.. Maklumlah, pembantu Jurulatih yang baru setahun jagung kan.. Bukan nak menunjuk-nunjuk okay, just nak berlagak.. Hahah.. Gurau je..
Nak pergi ke tak nak? Err.. Tunggu keputusan Universiti Pilihan Utama (UPU) (entah betul ke tak) dulu la.. Kalau dapat yang Farez hajatkan, Farez x pergi Matrik.. Kalau x dapat yang Farez hajatkan, Farez pergi Matrik..
Apa-apapun, rezeki kita dimana-mana je.. Lupakan sejarah lama, SPM bukan penamat.. Berapa Farez dapat dalam SPM lepas? X sebagus rakan-rakan Farez.. Cukup-cukup makan je.. Start dari A-D complete set ada.. Hahah.. Nak tau jugak, ni dia:
Bahasa Melayu : A-
Bahasa Inggeris : C+
Sejarah : B
Matematik : A
Pendidikan Islam: A
Additional Math : C+
Tek. Kejuruteraan: B+
Luk. Kejuruteraan: A-
Physics : C+
Chemistry : D
Hahaha.. Perlu ke Farez tunjuk result ni? Tak malu? Peduli apa kat orang.. Blog kita, kita punya pasal la.. Nak malu? Buat apa? Ni yang kita dapat.. Rezeki Allah bagi kat kita.. Nak complain apa lagi.. Huhuh.. Tang pasal kimia tu kan.. Hmm.. Sejak dari dulu lagi memang Farez dan Kimia tiada Chemistry la.. Huhuh..
Okay lah.. Stakat ni dulu la kemengarutan nih, senyum slalu.. Assalamu'alaikum...
No comments:
Post a Comment